Sebelum ini pernah saya menulis dalam blog sy mengenai badan NGO budaya yang terabai hingga banyak yang lesu dan ada yang terus gulung tikar tanpa kelihatan usaha yang bersungguh dan konsisten dari pihak yang tertentu. Khususnya Kementerian Kebudayaan sendiri untuk menyegarkan kembali atau membentang semula tikar yang sudah tergulung itu.
Di antara NGO budaya yang terus lesu ialah persatuan atau kumpulan teater amatur di negeri-negeri.
Kelesuan persatuan/kumpulan teater ini mengakibatkan perkembangan dan kegiatan berteater terus lesu. Sedangkan manfaat dari kegiatan berteater ini berbagai, seperti membina kreativiti, menanamkan rasa keyakinan diri, mengukuhkan akar budaya dan jati diri sesuatu bangsa. Dengan syarat asalkan betul nawaitu,matlamat dan perlaksanaannya.
Silap sekiranya ada yang beranggapan jika menjadikan pementasan teater di Istana Budaya sebagai ukuran dan petunjuk bahawa teater Malaysia sudah maju. Pementasan teater di Istana Budaya itu tidak lebih hanyalah sebagai satu imej semata-mata. Tapi hakikatnya amat jauh dari hakikat perkembangan teater di Malaysia yang sebenar, kerana pementasan teater di Istana Budaya tidak banyak memberi manfaat secara langsung kepada pergerakan dan pembangunan teater di negeri-negeri termasuk wilayah persekutuan. Ini disebabkan penglibatan kumpulan/penggiat di negeri hanya menjadi penonton. Itu pun berapa kerat yang menonton teater di Istana Budaya.
Dikatakan begitu sehingga kini tidak nampak kmupulan teater dari negeri-negeri yang pernah membuat pementasan di Istana Budaya. Kecuali pernah suatu ketika teater dari Johor Bharu, Muzikal Dato'Onn diarahkan oleh sahabat saya Othman Hj.Zainuddin.
Berkemungkinan agaknya kumpulan atau teater yang ada di negeri-negeri itu tidak sampai sirim yang layak membuat persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya. Bila agaknya sirim itu akan sampai?
Sememangnya bukanlah tanggungjawab Istana Budaya untuk meningkatkan sirim teater Istana Budaya untuk meningkatkan sirim teater di negeri-negeri hingga membolehkan mereka membuat persembahan di pentas Istana Budaya. Kerana Istana Budaya peranannya lebih sebagai panggung untuk persembahan teater. Kononnya teater bermutu tinggi bertaraf dunia. Melihat kepada persembahan yang lalu betulkah begitu? atau kita sekadar "syok sendiri" atau kita ibarat budak yang kena sorok/disembunyikan hantu. Budak itu merasa seperti tidur atas tilam empuk dan menikmati makanan enak dan lazat. Tapi bila budak itu dipulihkan/sedar rupanya dia tidur dalam longkang kotor dan makan segala kotoran yang ada dalam longkang itu.
Kerana Istana Budaya hanya sebuah panggung, maka pastilah peranan petugas fungsinya hanya sebagai tauke panggung, cuma perbedaannya dari panggung wayang ialah pengurusan Istana Budaya perlu menjadikan Istana Budaya sebagai tempat untuk memanifestasikan karya seni dan budaya selari dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
bersambung (sarananan memajukan teater di Malaysia).....
Inilah yang berlaku apabila mengejar taraf tanpa ilmu. Cuba menjadi gah , hakikatnya memalukan.
ReplyDelete