Friday, January 7, 2011

NGO BUDAYA TERABAI

Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan [KPKKW] perlu memberi perhatian dan tumpuan kepada usaha untuk menghidupkan dan menggerakkan kebanyakkan badan-badan ngo budaya yang banyak kini sudah berkubur dengan keadaan yang hidup segan mati tak mahu. Terutama badan-badan ngo budaya diperingkat negeri. KPKKW telah gagal memberi tumpuan dan kurang kepekaan terhadap kepentingan peranan badan-badan ngo budaya sebagai pemangkin kepada pembangunan dan perkembangan senibudaya negara. Sedangkan senibudaya adalah salah satu asas penting untuk memperkukuh jatidiri bangsa dan mencorakkan wajah dan rupa pada landskap negara.


Walaupun masih ada beberapa badan ngo budaya yang masih bergiat aktif,tapi ia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan yang lesu dan hampir mati. Perlu disedari bahawa ngo budaya adalah diantara wadah terpenting dalam melahirkan para pelapis untuk terus menghidupkan sesuatu bidang seni itu terutama seni tradisi. Ia perlu diberi nafas baru dan suntikan terkini untuk menjamin kesinambungannya. Untuk tujuan itu maka keutuhan dan kestabilan ngo budaya yang mendokong sesuatu bidang seni itu perlu diberi perhatian dengan bersungguh. Bukan ianya terus dibiarkan kepada badan ngo berkenaan,tapi usaha gigih dari pehak KPKKW perlu dijadikan keutamaan. Faedah dan keuntungan yang diperolehi dari mengukuh dan memperkasa ngo budaya cukup berkesan dalam usaha kita membina sebuah peradaban dan tamadun dalam sebuah negara bangsa diMalaysia.


Apabila sesuatu ngo budaya itu hidup segar dan mampu bergiat aktif,selain dari senibudaya yang didokongnya hidup dan berkembang ia juga akan dapat mengumpulkan para penggiatnya yang terdiri dari berbagai lapisan usia khususnya golongan remaja/anak muda akan ada tempat untuk berkumpul dan berhimpun menjalankan sesuatu kegiatan yang berfaedah dan terpimpin.

Rasa cinta pada senibudaya bangsa akan kukuh,jatidiri dapat ditanamkan secara tidak langsung melalui kegiatan seni yang dijalankan oleh persatuan berkenaan mengikut bidang masing-masing. Justeru itu bantuan material kewangan,bimbingan dan latihan peluang untuk berkarya perlu diberi dengan secukup dan seluasnya kepada mereka. Walaupun mungkin akan melibatkan kos perbelanjaan yang besar,namun faedahnya juga akan setimpal dan berbaloi. Asalkan kita faham bahawa membangun budaya itu bukannya seperti membina sebuah jambatan atau bangunan ianya nampak tersergam,tapi pembangunan budaya itu ialah membina sahsiah manusia dan kemanusiaan yang akan memberi kesan jangka panjang. Inilah perkara yang perlu difahami dan dihayati oleh para petugas diKPKKW.


Sebagai petugas di KPKKW mesti ramai dikalangan yang boleh berfikir dengan baik dan mempunyai daya fikir dan iltizam yang tinggi dalam aspek budaya. Jangan hanya mampu sekadar tempah penginapan,makan minum,fotostat kertas dan jemput peserta kursus semata. Apa yang kelihatan dikalangan petugas di KPKKW ramai yang buat kerja jenis tak banyak guna minda dari yang guna elemen inteletual budaya,kerana itu agaknya saya jarang lihat dikalangan mereka menulis artikel budaya samaada diakhbar atau majallah.Buat buku jauh sekali tak pernah jumpa dipasaran.Bahkan dalam seminar-seminar berkaitan budaya dalam negara pun jarang jumpa bentang kertas kerja. Diluar negara?

No comments:

Post a Comment